WASHINGTON – Seorang wanita berjaya merakam imej dipercayai anak Bigfoot sedang menghendap beberapa ekor rusa, lapor portal berita Daily Star semalam.
Wanita berkenaan, Stephanie Wood pada mulanya menyangka makhluk tersebut ialah seorang kanak-kanak yang memakai kostum Bigfoot.
Bagaimanapun, dia kini berpendapat bahawa imej yang dirakam adalah sesuatu yang lebih serius.
“Reaksi kami ialah ia mungkin seorang kanak-kanak. Namun, selepas menganalisis gambar ini untuk seketika, kami tidak begitu pasti lagi.
“Adakah ia anak Sasquatch (Bigfoot) atau salah seorang daripada orang kecil berbulu?” tulis wanita itu di laman Facebook.
Lokasi gambar itu dirakam tidak didedahkan tetapi pada kebiasaannya, Bigfoot dilaporkan hidup di rantau Amerika Utara. – AGENSI