fbpx

Wanita muda itu isteri saya – Kulasegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli siber.

Kulasegaran pada sidang Dewan Rakyat hari ini mendedahkan, beliau pernah dituduh di media sosial berhibur dengan seorang wanita muda yang sebenarnya isterinya.

“Isteri saya beri saya satu video yang dia dapat melalui TikTok. Saya pun terima (tonton). Kula (Kulasegaran) dengan seorang perempuan muda dia “enjoy”.

“Dalam Bahasa Tamil dia kata orang ini tak ikut umurnya. Macam mana dia boleh dengan perempuan muda, tak malu. Hentam cukup-cukup.

“Tapi dia tak tahu perempuan muda itu isteri saya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 hari ini.

Kulasegara berkata, beliau bersetuju kesalahan buli siber perlu dikenakan tindakan tegas termasuk membabitkan kes dialami pempengaruh media sosial, mendiang A. Rajeswary.

Ujar beliau, Ahli politik memiliki ketahanan tinggi terhadap buli siber, tetapi dalam kes Rajeswary ia sangat tidak adil dan memerlukan siasatan sedalamnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan sedang memperhalusi cadangan mewujudkan dasar membabitkan peruntukan undang-undang khusus mengenai buli siber.

“Pandangan semua pihak termasuk ahli akademik akan dipertimbangkan ke arah mewujudkan peruntukan yang khusus mengenainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN