fbpx

[VIDEO] ‘Ini baru King Myvi, reverse pun boleh layan selekoh lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video 'Myvi' dipandu secara mengudur dipercayai akibat kerosakan pada 'gearbox' kereta.

PETALING JAYA – ‘King of road Malaysia’, Perodua Myvi buat hal lagi apabila video kenderaan tersebut dipandu secara ‘reverse’ di sebuah jalan sekitar Kundasang, Sabah menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @kundasangbajetravelsabah, video berdurasi 15 saat itu memaparkan kenderaan kompak itu dipandu secara mengundur dengan kelajuan sederhana, dipercayai akibat kerosakan pada ‘gearbox’ kereta.

Difahamkan, dengan keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok, pemandu ‘Myvi’ itu turut dipuji kerana berjaya mengawal kenderaannya daripada memasuki lorong sebelah kanan sekaligus melepasi detik getir itu.

“Bila gear kedepan semua tidak dapat masuk kecuali gear ‘reverse’ saja. Nak towing mahal, semoga dipermudahkan urusan orang itu,” komen @maleq.ibrahim.

“Fast and Furious pun tidak berani buat di jalan Kundasang oj memang Di luar kotak pemikiranku. Turun bukit jalan bengkok-bengkok macam itu, macam mana nak tengok belakang,” soal @dfatriah.

“Tadi ada terserempak masa balik Ranau. Astaga terkejut kakak. Ini baru King Myvi, jalan reverse pun boleh layan ‘corner’ (selekoh) lagi. Harap king sampai ke destinasi, kata. @kyser788

Setakat tengah hari ini, video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan, 77,200 tanda sukaan, 1899 komen dan 20,500 ribu kali perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@kundasangbajetravelsabah #fyp #sabah# #kundasang ♬ original sound – AAIRA TRAVEL & TOUR SDN BHD

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI