AKTRES Vanessa Hudgens tampil dengan imej baharu setelah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 4 Julai lalu.
Dengan wajah gembira, Hudgens mempamerkan potongan rambut baharu di samping teruja apabila menggalas peranan sebagai ibu.
“Banyak perubahan yang berlaku tidak mengira sama ada mental atau fizikal.
“Tetapi saya tetap gembira apabila dapat melihat anak kecil ini selepas sekian lama menantinya,” kata Hudgens.
Sebelum ini, Hudgens meluahkan rasa tidak puas hati apabila paparazi merakam gambarnya selepas keluar dari hospital.
Susulan foto tersebut tersebar, ramai yang mengutuk Hudgens kerana bentuk badannya semakin berisi berbanding sebelum ini.