fbpx

Stoking Kalimah Allah: KK Mart, syarikat pembekal didenda RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd (KK Mart) dan pembekal, Xin Jian Chang Sdn. Bhd masing-masing didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini

SHAH ALAM – Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd (KK Mart) dan pembekal, Xin Jian Chang Sdn. Bhd masing-masing didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung stoking tertera kalimah Allah.

Hakim Muhamad Anas Mahadzir menjatuhi hukuman selepas pengurus besar KK Mart, Tee Kok Hiem, 61, dan pengarah syarikat pembekal itu, Soh Hui San, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka.

Mahkamah turut memerintahkan supaya denda itu dibayar dalam tempoh tiga hari.

Muhamad Anas dalam penghakimannya menegaskan agar syarikat-syarikat tersebut lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat muslim.

“Saya tidak mahu berdakwah namun mana-mana agama kalau disentuh melibatkan isu sedemikian akan menimbulkan perasaan yang lebih peka.

“Justeru, saya berharap KK Mart dan Xian Jian mengambil iktibar dan lebih bertanggungjawab serta memperketatkan kawalan kualiti masing-masing,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI