fbpx

Saya sepatutnya sudah mati – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Trump menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar di Melbourne hari ini. – AFP

WASHINGTON – Bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump  memberitahu akhbar  New York Post semalam bahawa beliau ‘sepatutnya sudah mati’  selepas terselamat daripada cubaan membunuh yang disifatkannya  sebagai ‘pengalaman sangat di luar realiti.’

“Saya tidak sepatutnya berada di sini, saya sepatutnya sudah mati. Ia adalah ‘pengalaman yang sangat di luar realiti,” kata Trump kepada New York Post dalam temu bual di dalam pesawatnya semasa menuju ke Milwaukee.

Beliau akan menghadiri  Konvensyen Kebangsaan Republikan untuk disahkan sebagai calon rasmi Parti Republikan.

Trump yang berusia 78 tahun ditembak di telinga oleh seorang lelaki bersenjata pada perhimpunan kempennya kelmarin.

Beliau cedera dengan wajahnya berlumuran darah, manakala seorang penonton terbunuh dan dua orang lagi cedera.

Trump berkata, beliau  akan mati sekiranya tidak memalingkan sedikit kepala ke kanan untuk membaca carta mengenai pendatang tanpa izin semasa berucap pada perhimpunan itu.

“Nasib saya baik dan ramai berkata dengan izin Tuhan saya  masih di sini(hidup),” katanya.

Trump memuji ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia kerana membunuh  penembak dengan satu tembakan tepat di antara matanya.

“Mereka melakukan kerja yang hebat,” kata Trump.

Imej Trump menunjukkan penumbuk ketika ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia membawanya turun daripada pentas ucapan menjadi paparan  muka depan akhbar di seluruh dunia dan tular di media sosial.

“Ramai orang mengatakan bahawa ini adalah foto paling ikonik yang pernah mereka lihat,” tambahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI