fbpx

RM3.37 juta bantu keterjaminan makanan di Kedah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan sebanyak RM3.37 juta pada tahun ini dalam membantu memastikan keterjaminan makanan di negeri ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM2.12 juta diperuntukan bagi Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB), manakala RM1.25 juta untuk projek pembangunan sawah.

“Sasaran bagi projek PPLB adalah membabitkan 115 usahawan tani dengan keluasan 71 hektar, tujuan kita untuk membantu peserta pertanian meningkatkan pendapatan, selain meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan import.

“Kita bantu dengan memberikan input pertanian, peralatan, mesin pertanian dan industri asas tani selain membaik pulih dan menaik taraf tanah terbiar serta memberi latihan, kursus, promosi dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perhimpunan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kompleks KEDA, di sini hari ini.

Rubiah menambah, ketika ini terdapat 2,654 hektar tanah terbiar di Kedah yang tidak dimajukan dan dianggarkan sebanyak 2,000 hektar atau 85 peratus tanah terbiar adalah dalam wilayah KEDA.

“Objektif program pemulihan tanah terbiar di Kedah adalah untuk membantu petani dan pesawah mengoptimumkan penggunaan tanah dalam menyokong program keterjaminan makanan negara.

“Selain padi, ada peserta kita yang tanam nanas, durian, cili dan buah-buahan lain, sejak 2014 hingga tahun lalu, KEDA telah mengusahakan 1,154 hektar tanah terbiar dan seramai 1,772 penerima manfaat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI