fbpx

‘Ratu Durian’ hadiahkan motosikal kepada bekas suspek pembunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIARA (kanan) menghadiahkan sebuah motosikal (tengah) kepada Pegi. - Foto Instagram

JAKARTA – Seorang wanita menjual durian menghadiahkan sebuah motosikal baharu dengan nombor pendaftaran yang ‘cantik’ kepada bekas suspek pembunuh, lapor portal berita Tribunnews.com hari ini.

Tiara Rahmi Pertiwi yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Durian’,  memberikan hadiah tu kepada Pegi Setiawan selepas sebuah mahkamah di Bandung membebaskannya daripada menjadi suspek kes  pembunuhan  seorang gadis, Vina Cirebon, baru-baru ini.

Kes pembunuhan Vina dan kekasihnya, Rizky berlaku pada 27 Ogos 2016 di Desa Kepongpongan, Cirebon.

“Daripada bos durian,”  tulis wakil ‘Ratu Durian’ itu, Fery Herianto menerusi aplikasi WhatsApp, Jumaat lalu.

Motosikal itu juga mempunyai nombor pendaftaran yang menarik iaitu P 3333 GI.

Adik ‘Ratu Durian’, Ziran Zibrani berkata, hadiah itu diberikan disebabkan oleh nazar kakaknya.

Tiara bernazar akan memberikan sebuah motosikal jika Pegi dibebaskan.

Motosikal itu adalah sama seperti yang dimiliki Pegi tetapi disita polis pada 2016.

“Hadiah  ini untuk mengubati luka yang dialami Pegi,” kata Ziran. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI