fbpx

Raja Permaisuri Agong diwasalkan Darjah Kerabat Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Permaisuri Agong berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi, istiadat mewasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak turut disaksikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak diwasalkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dalam satu istiadat di Dewan Seri Maharaja.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli.

Selain itu, turut hadi, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani.

Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak dipersembahkan kepada Sultan-Sultan pemerintah negeri dan Raja-raja Permaisuri serta pemerintah tertinggi luar negeri.

Raja Permaisuri Agong diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.

Seri Paduka Baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI