fbpx

Pukul ibu sendiri, anak aktor Nicolas Cage dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicolas Cage bersama anak tersayang, Weston Coppola Cage.

DITAHAN kerana melakukan serangan bersenjata, anak pelakon Nicolas Cage iaitu Weston Coppola Cage dibebaskan mahkamah dengan jaminan bon AS$150,000 (RM700,000).

Weston yang ditahan pada 28 April lalu didakwa kerana cuba melakukan keganasan fizikal terhadap ibunya, Christina Fulton.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, kedua-duanya mengalami perselisihan faham sehingga menyebabkan berlaku kejadian itu.

“Disebabkan gagal mengawal marah, Weston menumbuk mangsa (Fulton) beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Sementara itu, kata Cage, dia mendapat maklumat bahawa keadaan mental anak lelakinya itu semakin merosot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI