fbpx

Penjawat awam direman esok babit penemuan Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FARAH KARTINI dipercayai hilang pada 10 Julai lalu.

PETALING JAYA – Seorang penjawat awam ditahan polis susulan penemuan mayat seorang wanita, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Lebih kurang pukul 6 petang tadi, polis telah menemui mayat perempuan warga tempatan di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

“Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada pukul 9 pagi esok di Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk membantu siasatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan wanita yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, di sini, sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa disyaki dibunuh.

Difahamkan, jasad wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI