fbpx

Peniaga TikTok jual kasut, beg tiruan ditahan KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa kasut berjenama terkenal disyaki tiruan dalam serbuan di Kampung Air Tawar, Besut hari ini.

BESUT – Seorang peniaga dalam talian diberkas kerana disyaki menjual produk kasut dan aksesori tiruan berjenama terkenal di sebuah premis perniagaan di Kampung Air Tawar, di sini hari ini.

Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 11.30 pagi itu, pasukan penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut merampas barangan tiruan terbabit bernilai keseluruhan RM30,000.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan dilakukan selepas risikan mendapati premis terbabit dijadian stor penyimpanan produk berjenama tiruan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mengambil bekalan barangan tiruan tersebut dari Kedah. Dia didapati menjual produk-produk menerusi aplikasi TikTok,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, beberapa dokumen berkaitan turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

Beliau berkata, lelaki berusia 32 tahun yang mengaku pemilik premis ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

“Mana-mana pihak diingatkan agar tidak melakukan aktiviti menjual barangan tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI