fbpx

Pembunuh Stephanie Foray dipenjara 36 tahun, 12 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASNI (bergari) terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru hari ini menggantikan dengan hukuman penjara 36 tahun beserta 12 sebatan kerana membunuh seorang pelancong Perancis pada tahun 2011.

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga terselamat daripada tali gantung selepas hukuman mati itu diketepikan dan digantikan dengan penjara selama 36 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh pelancong warga Perancis pada Mei 2011.

Hukuman penjara terhadap Asni Omar, 49, diperintahkan berjalan bermula dari tarikh lelaki itu ditangkap pada 21 Julai 2011.

Keputusan dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah di Johor Bahru hari ini.

Asni didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Stephanie Foray yang ketika itu berusia 30 tahun di sebuah rumah di Kampung Tekek, Pulau Tioman pada 8 malam, 10 Mei dan tengah hari, 12 Mei 2011.

Mayat Foray dijumpai kira-kira tiga bulan kemudian selepas ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Tioman.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd. Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam, Kee Wie Lon yang turut dibantu Ee Gen You.

Pada 16 Ogos 2016, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas Asni selepas rayuan akhirnya ditolak panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Arifin Zakaria yang memutuskan bahawa tiada merit dalam rayuan tersebut.

Empat lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI