fbpx

Pemasangan CCTV, had laju 30km/j di sekolah cegah kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bilangan 2 Tahun 2024 di Kuala Lumpur Command & Control Centre, hari ini. FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 267,013 nahas jalan raya dicatatkan dengan jumlah kematian sebanyak 2,742 orang daripada 2,550 kes kemalangan maut yang berlaku sehingga 31 Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berbanding tempoh yang sama tahun 2023, berlaku peningkatan sebanyak 8.39 peratus jumlah nahas jalan raya.

“Penyumbang terbesar terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal sebanyak 1,908 kematian diikuti pemandu dan penumpang kereta (436 kematian) sementara pejalan kaki (161 kematian),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bilangan 2 Tahun 2024 di Kuala Lumpur Command & Control Centre, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Lingg.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, ahli mesyuarat bersetuju dengan penetapan dasar had kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) di kawasan sekolah berbanding kadar 40km/j sebelum ini untuk mengatasi masalah keselamatan dan kesesakan jalan raya.

“Secara purata sebanyak 67 kematian direkodkan setiap tahun akibat kemalangan di kawasan sekolah.

“Saya juga berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia mewujudkan kolaborasi antara sekolah dan PIBG untuk membina bonggol bagi mengurangkan kelajuan kenderaan supaya pelaksanaan 30 km/j lebih berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya sebanyak 20,000 televisyen litar tertutup (CCTV) perlu dipasang di sekitar ibu kota bagi memantau keselamatan dan aliran trafik di pusat bandar.

“Sehingga kini, 5,000 unit CCTV telah dipasang di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bagi memantau lalu lintas, pemantauan bencana banjir dan tumpahan konkrit.

“Saya juga dimaklumkan bahawa sebahagian dari kamera tersebut turut digunakan untuk pemantauan jenayah serta kawalan berkonsepkan bandar selamat oleh PDRM,” katanya,” katanya

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, penguraian kesesakan di bandar Johor Bahru turut diberi perhatian dan beberapa langkah telah dilaksanakan memandangkan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) dijangka siap menjelang 2027. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI