fbpx

MH17: Malaysia teruskan tindakan undang-undang bersama negara terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani dokumen perjanjian persefahaman (MoU) di antara Batik Air dengan Kia di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus mengambil tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa berhubung tragedi menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan tersebut diteruskan oleh Malaysia bersama negara-negara lain yang terlibat.

“Kita akan meneruskan proses undang-undang ini bersama-sama dengan negara-negara yang terlibat terutamanya penumpang yang ramai.

“Tindakan undang-undang sedang berjalan sekarang,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bilangan 2 Tahun 2024 di Kuala Lumpur Command & Control Centre, di sini hari ini.

Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 sebelum ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Siasatan antarabangsa mendakwa peluru berpandu BUK adalah milik Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Rusia yang berpusat di bandar Kursk bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Pada tahun lalu, Mahkamah Daerah The Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua warga Russia dan seorang warga Ukraine selepas didapati bersalah menembak jatuh MH17.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI