fbpx

Lima termasuk pengasas KK Supermart dilepas, bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chai Kee dan Siew Mui ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. dan isterinya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini dari tuduhan berkaitan stoking kalimah Allah.

Mereka adalah Datuk Seri Chai Kee Kan, 57 dan Datin Seri Loh Siew Mui, 53, yang mendapat perintah itu selepas diputuskan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Turut mendapat perintah sama adalah tiga pengarah Xin Jian Chang Sdn. Bhd yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Mahkamah memutuskan demikan selepas pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap kesemua tertuduh.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd. Daud, Khairul Azreem Mamat, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Mohd. Izhar.

Pihak pembelaan terdiri Peguam Datuk Rajpal Singjh, Datuk David Gurupatham, Datuk RS Sodhi dan Datuk Theng Book yang mewakili Chai Kee, dan Siew Mui, 53, serta Lau Yi Leong mewakili kilang berkenaan tidak membantah tarikh tersebut.

Untuk rekod, representasi tersebut telah dihantar pada 17 Mei lalu oleh pihak pembelaan sebelum diterima AGC pada 26 Mei lalu.

Kee Kan dan Siew Mui selaku pengarah KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. dituduh dua pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd, Bandar Sunway pada 6.30 pagi, 13 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Sementara, kesemua pengarah Xin Jian Chang Sdn. Bhd itu pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan berkenaan di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 109 KK dibaca bersama Seksyen 298 KK yang memperuntukkan hukuman sama. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI