fbpx

Lelaki jumpa raksasa besar bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
O'Faodhagain merakamkan kelibat makhluk ganjil di Tasik Loch Ness. - Foto Visit Inverness Loch Ness/Pen News

EDINBURGH, Scotland  – Seekor raksasa bersaiz sebesar sebuah bas mini kelihatan  berenang di Tasik Loch Ness, kawasan Tanah Tinggi Scotland, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Lelaki tempatan, Eoin O’Faodhagain berkata, jantungnya berdegup kencang  apabila melihat kemunculan makhluk itu semasa memantau permukaan air Tasik Loch Ness dengan menggunakan kamera web, baru-baru ini.

“Saya melihat dua bentuk (bonggol) gelap bergerak mengikut urutan antara satu sama lain.

“Ia benar-benar penampakan yang mengejutkan dan jelas secara visual,” ujarnya.

Anggaran panjang raksasa itu menyamai saiz  bas mini Ford Transit yang mempunyai 12 tempat duduk.

“Saya fikir ia mungkin Nessie (panggilan untuk raksasa Loch Ness) kerana saiznya.

“Saya mengandaikan benda di hadapan adalah kepala raksasa ini  dan ia berkemungkinan sedang memburu ikan,” katanya. 

Raksasa Loch Ness menjadi terkenal di serata dunia  sejak tahun 1930-an lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI