fbpx

Kayu golf jadi pagar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kayu golf yang digunakan sebagai pagar sebuah rumah yang masih dalam pembinaan.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, tular di media sosial apabila ada individu yang mempunyai hobi unik menggunakan motosikal Yamaha RX-Z sebagai pagar kediaman.

Namun, menerusi perkongsian di laman sosial sebuah rumah yang masih lagi dalam pembinaan menggunakan kayu golf untuk jadikan pagar.

Menurut individu yang berkongsi klip video tersebut yang dikenali sebagai Kupissue09, pagar kediaman berkenaan dipagari dengan pelbagai jenama kayu golf.

“Ada Made in USA, Made in Japan, Made in Belanda,”seloroh individu tersebut sambil menunjukkan kayu golf yang dijadikan pagar kediaman tersebut.

Pada klip video itu juga, individu tersebut turut berkongsi ratusan kayu golf yang telah dijadikan pagar dan yang masih belum dipasang pada pagar.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kediaman tersebut, namun berdasarkan dialek pemilik klip video terbabit ia telah dirakam di sebuah kawasan di Pantai Timur.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen menganggap pemilik kediaman terbabit adalah seorang peminat tegar golf.

“Peminat tegar ni…Peminat ngail (memancing) tegar pun takdok (tiada) lagi guna batang pancing wak (buat) pagar,”tulis Muhammad Saiful Zaman Mansor.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Md Hazlan Yusop.

“Mantap, idea kreatif di luar kotak,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI