fbpx

Jurugambar rakam peluru lintas kepala Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru tersebut meluncur laju semasa Trump menyampaikan ucapan dalam perhimpunan kempen di Pennsylvania. - Doug Mills/X

HARRISBURG, PENNSYLVANIA –  Sekeping gambar dikongsikan di laman sosial menunjukkan detik peluru dilepaskan oleh penembak Donald Trump melintasi tepi kepala bekas presiden Amerika Syarikat (AS) tersebut, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Jurugambar akhbar New York Times, Doug Mills merakam imej peluru tersebut meluncur semasa Trump menyampaikan ucapan pada perhimpunan kempennya,  di Pennsylvania, kelmarin.

Sekiranya Trump mengalihkan kepalanya, ia boleh menyebabkan kecederaan parah. 

Peluru itu ditembak  beberapa saat sebelum tembakan selanjutnya yang mencetuskan panik, manakala Trump yang berlumuran darah dikelilingi oleh ejen-ejen  Perkhidmatan Rahsia.

Seorang pemimpin Parti Republikan, Haraz Ghanbari berkongsi gambar itu di platform X dan berkata: “Gambar luar biasa yang dirakam oleh bekas rakan sekerja saya di White House Press Corps, Doug Mills. Zum dan anda akan melihat peluru terbang ke kanan kepala Trump.” 

Imej tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ada  berkata: “Jika Trump menggerakkan kepala secara tiba-tiba mengikut arah jam, peluru ini akan menembusi belakang tengkorak dan membunuhnya di tempat kejadian.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI