fbpx

Hidap migrain punca Shima ‘Teringin’ buka tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shima berkata, antara punca dia tidak lagi bertudung adalah disebabkan penyakit migrain.

PETALING JAYA – Punya alasan tersendiri, penyanyi Shima sudah tidak lagi berhijab sejak tiga tahun lalu selepas menghidap penyakit migrain kronik.

Bukan sengaja berbuat demikian, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, berkata, dia sudah mendapatkan nasihat doktor dan berbincang dengan suami sebelum memilih membuat keputusan itu.

“Sebenarnya saya sudah lama tak pakai tudung lebih tiga tahun dah. Mungkin kehidupan saya kini agak ‘private’ dan jarang muncul di mana-mana program, jadi orang tak tahu.

“Bukan suka-suka saya buat semua ini. Semuanya atas faktor kesihatan sebab saya selalu menghadapi migrain, jadi saya tak boleh kena panas, nanti sakit itu menyerang.

“Selepas dapatkan nasihat dari doktor dan berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung, bukan sengaja enggan menutup aurat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sudah menjangka perkara tersebut akan mengundang caci maki netizen, pelantun lagu Teringin itu berlapang dada menerima setiap komen kerana faham tidak semua orang tahu hal sebenar.

“Apabila saya buat keputusan untuk tidak pakai tudung, memang dah jangka ramai akan mengata tapi saya abaikan sahaja. Saya dah lali dengan semua itu. Bukannya saya baru bertapak dalam industri.

“Lagipula netizen tidak tahu cerita sebenar macam mana, biarkanlah mereka yang penting masih ada peminat yang memberikan semangat.

“Selebihnya, terpulanglah kepada mereka mahu tuduh saya apa sahaja, itu antara mereka dengan Allah,” tuturnya.

Sebelum ini, nama penyanyi senior itu meledak dalam media sosial apabila dia memuat naik video tanpa mengenakan tudung dalam TikTok sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Dalam video tersebut, Shima tampil dengan potongan rambut pendek dan meminta orang ramai untuk mengikuti akaun TikTok miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI