fbpx

Harga durian China terlalu mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail durian beku di sebuah kilang di Hangzhou. - Foto AFP/STR

BEIJING – Harga durian keluaran China dijual terlalu mahal iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada raja buah itu yang diimport dari Thailand, lapor portal berita VnExpress.

“Harga durian tempatan China ialah 60 yuan (RM38.62) untuk satu jin (500 gram)!

“Durian dari Thailand pula berharga antara 20 yuan (RM12.87) hingga 30 yuan (RM19.31) untuk satu jin.

“Terlalu mahal, tidak boleh menjualnya,” kata seorang penjual durian di Beijing kepada akhbar The Straits Times, Ai Dong apabila ditanya mengenai durian tempatan yang digelar Durian Hainan.

Bagaimanapun, Pengarah Institut Pokok Buah-buahan Tropika di Akademi Sains Pertanian Hainan, Feng Xuejie berkata, harga durian China mungkin akan turun apabila pengeluaran buah itu meningkat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Kebanyakan durian China ditanam di Hainan, satu-satunya wilayah di negara tersebut yang mempunyai iklim tropika dan sesuai untuk menanam buah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI