fbpx

Gatal ketiak dengar lagu Melayu, campur lirik orang putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan pandangan bahawa banyak lagu-lagu dihasilkan pada masa kini disifatkan tiada identiti, terutamanya apabila bercampur lirik menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.

Kritikan tersebut disuarakan seorang pengguna TikTok @ahfnanmuslem dan dipersetujui oleh kebanyakan pengguna media sosial yang lain.

“Korang buka radio mesti nak dengar lagu ‘best-best’, aku tak kisah radio pasang banyak je lagu ‘best-best’. Tapi yang aku tak suka lagu-lagu zaman sekarang.

“Lagu zaman sekarang macam mana. Elok kau dengar bahasa Melayu hujung-hujung tiba-tiba datang lirik orang putih. Itu yang membuatkan aku menyirap,
kau nak nyanyi orang putih, kau nyanyi orang putih. Kau nak nyanyi Melayu, engkau terus nyanyi Melayu.

“Apa masalahnya. Lepas tu kau ‘claim’ lagu engkau terpaling ‘bestlah’ konon kau nyanyi dengan hati engkaulah. Aku dengar nyanyian kau pun tak terasa sampai hati, gatal ketiak aku ada lah,” katanya pada hantaran video.

Lelaki itu turut menyarankan supaya penyanyi atau penulis lirik lagu mempelajari cara menulis lirik dengan ‘otai’ lama di dalam industri hiburan.

“Seni beratlah, bersenilah, celah bedah engkau berseni. Bukan aku nak tunjuk pandai ke apa, tapi belajarlah dengan orang dulu-dulu buat lagu.

“Tak payah nak moden dengan kelakar. Orang putih pun tak ada menyanyi lagu orang putih, tiba-tiba datang lirik Melayu,” katanya.

Ia turut diakui oleh orang ramai selain memberi contoh, tiada penyanyi ‘mat saleh’ yang menyanyikan lagu mereka bercampur lirik bahasa Melayu.

“Kan, tak pernah lagi dengar Mariah Carey nyanyi tiba-tiba tukar lirik Melayu,” komen pengguna TikTok.

“Saya setuju bang lagu syok sendiri tak ada maksud lagunya. Banyak gedik je lebih,” ujar seorang individu.

“Bukan bro seorang je (berpendapat sebegitu). Aku pun, aku pasang USB je layan lagu lama-lama lagi syok,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI