fbpx

Euro 2024: Tiada kemahuan punca Itali gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI bukan sahaja gagal mempertahankan kejuaraan Euro, tetapi mereka juga berdepan kegagalan memalukan apabila tersingkir seawal pusingan 16 terbaik. - AFP

MILAN – Kegagalan Itali untuk mempertahankan kejuaraan pada Euro 2024 selepas tersingkir di pusingan kedua dianggap sebagai perkara yang memalukan oleh Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini.

Kekecewaan itu bukanlah hanya disebabkan Itali tersingkir awal, namun Gasperini menganggap sebahagian besar pemain The Azzurri langsung tidak menunjukkan kemahuan untuk menjadi juara.

Justeru, beliau mendesak supaya ketua jurulatih, Luciano Spalletti mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan tersebut dan kembali menerapkan semangat perjuangan dalam diri setiap pemain.

“Pandangan saya sama seperti orang lain. Bagi saya, kami kekurangan aspek cukup penting, iaitu kerjasama sebagai satu pasukan. Itali kali ini seolah-olah ‘kosong’ dan itulah kekecewaan terbesar saya.

“Spalletti gagal untuk menerapkan perkara ini dalam jiwa pemain-pemain dan hanya beliau tahu apa sebabnya. Prestasi Itali pada edisi kali ini boleh dianggap sebagai satu kegagalan,” katanya.

Tambah beliau, memandangkan Itali tidak bergantung kepada kemampuan teknikal seseorang pemain, justeru amat penting untuk jurulatih memastikan semua pemain menanam sikap bermain demi pasukan.

“Itali terkenal dengan kekebalan benteng pertahanan serta kerjasama sebagai satu pasukan. Kami bukanlah pasukan yang memiliki pemain-pemain seperti Pele, (Diego) Maradona dan (Lionel) Messi.

“Bagaimanapun, Itali tidak pernah kekurangan pemain-pemain berkaliber. Saya harap kegagalan ini menjadi pengajaran berguna untuk kami bagi membentuk pasukan lebih baik,” ujar Gasperini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI