fbpx

Euro 2024: Sepanyol juara, England berduka lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mikel Oyarzabal menjaringkan gol kemenangan buat La Roja pada penghujung aksi final sebentar tadi.

BERLIN – Pasukan Sepanyol sah menjadi negara paling berjaya dalam sejarah kejohanan Euro selepas muncul juara edisi 2024 dengan menewaskan England 2-1 dalam aksi final di Stadium Olimpik, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan La Roja menamatkan penantian 12 tahun untuk menjadi juara buat kali keempat selepas mendominasiedisi 1964, 2008 dan 2012.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Luis de la Fuente itu membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain sensasi, Lamine Yamal, Nico Williams dan Alvaro Morata mengetuai jentera serangan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada awal saingan dengan mempamerkan corak permainan terbuka, tetapi gagal membuat percubaan tepat ke kubu masing-masing.

Peluang terbaik hadir menerusi percubaan Phil Foden menerusi situasi set piece pada penghujung babak pertama tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol, Unai Simon.

Bersambung ada separuh masa kedua, Sepanyol akhirnya membuka tirai jaringan menerusi penyudah Williams pada minit ke-47 selepas menerima hantaran Yamal.

Tersentak dengan gol tersebut, Three Lions membuat pertukaran dengan memasukkan Ollie Watkins dan Cole Palmer.

Keputusan tersebut membuahkan hasil apabila jentera serangan England tampil lebih segar dengan Palmer menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73 selepas menerima hantaran Jude Bellingham.

Namun, tuah tidak memihak kepada England apabila La Roja menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 hasil penyudah pemain simpanan, Mikel Oyarzabal yang menyudahkan umpanan Marc Cucurella.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan England tewas buat kali kedua pada pentas final Euro berturut-turut selepas edisi 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI