fbpx

EPL: Newcastle kembali sasar Calvert-Lewin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN memiliki baki kontrak setahun bersama Everton menyebabkan Newcastle cuba mendapatkan khidmatnya. - AFP

TYNE – Newcastle United kembali menunjukkan minat yang serius untuk mendapatkan penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin dan sedang merancang tawaran baharu selepas perbincangan sebelum ini gagal mencapai kata sepakat.

Newcastle sebelum ini cuba mendapatkan khidmat Calvert-Lewin dengan harga yang lebih rendah menjelang tarikh akhir kewangan pada 30 Jun, namun perjanjian tersebut terhenti kerana mereka gagal menjual beberapa pemain mereka.

Sementara itu, Everton dilaporkan turut terdesak untuk menyambung kontrak pemain berusia 27 tahun itu selepas kontraknya di Goodison Park akan tamat pada musim panas depan, tetapi tiada kemajuan dicapai kerana perbincangan masih berterusan sehingga kini.

Calvert-Lewin perlu membuat keputusan besar mengenai destinasinya sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup kerana jika tiada perjanjian tercapai dan perbincangan antara Everton gagal, penyerang tersebut berpotensi untuk berpindah secara percuma tahun depan.

Calvert-Lewin menyertai Everton dari Sheffield United pada 2016 dengan yuran hanya £1.5 juta (RM8.81 juta) dan sejak itu dia telah membuat 247 penampilan untuk kelab dengan mencetak 68 gol, walaupun mengalami tahun yang mengecewakan musim lalu dengan hanya menjaringkan tujuh gol dalam 32 perlawanan liga.

Skuad kendalian Eddie Howe sedang mencari pemain tambahan untuk memperkuatkan barisan serangan mereka di belakang Alexander Isak dengan masa depan Callum Wilson yang masih tidak menentu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI