fbpx

EPL: Metodologi Slot lebih keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOT percaya kepantasan dan ketahanan adalah keperluan untuk menjadikan Liverpool mampu memberikan aksi kompetitif dalam saingan. - FB LIVERPOOL

LIVERPOOL – Sesetengan pemain Liverpool perlu segera menyesuaikan diri dengan metodologi sesi latihan yang digunakan oleh pengurus baharu mereka, Arne Slot ketika fasa latihan pramusim memasuki minggu kedua.

Biarpun tanpa senarai pemain penuh ekoran ada pemain yang beraksi di Euro 2024 dan Copa America 2024, Slot sudah mengetuai ‘salam perkenalan’ tersebut dengan sesi latihan pertama pasukan bermula Jumaat minggu lalu di Pusat Latihan AXA.

Gabungan antara pemain yang sedia ada serta pemain-pemain dari akademi, Slot mula belajar memahami mengenai Liverpool dan mengenal pasti para pemain yang ‘gemar’ dengan pendekatan yang digunakan.

Slot tiba di Anfield dengan sebahagian besar pemain serta gaya permainan adalah diwarisi daripada pengurus sebelum ini, Jurgen Klopp menyebabkan beliau berdepan tugas sukar untuk membuat beberapa perubahan bagi menepati kehendaknya.

Bekas pengendali Feyenoord itu dilaporkan mengutamakan tahap kecergasan pemain dan menjadikan kepantasan kunci utama dalam setiap taktikal yang akan digunakan menyebabkan beliau mahu semua bersedia.

Selepas beberapa hari sesi latihan, beberapa pemain yang menyertai sesi latihan dilihat berada dalam keadaan penat selepas melalui ujian kecergasan dan ketahanan yang diterapkan Slot.

Bagaimanapun, beberapa pemain muda dan pemain pertahanan kanan, Kostas Tsimikas menjadi antara pemain yang berjaya mendapat perhatian Slot pada sesi berkenaan dan mungkin memiliki peluang untuk mendapat tempat dalam skuad utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI