fbpx

Dua kes rotavirus dikesan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Jangkitan rotavirus di Terengganu masih terkawal dengan hanya dua kes dikesan pada minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kedua-dua pesakit tersebut menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

“Mereka dilaporkan stabil dan telah dibenarkan pulang dari hospital.

“Tidak benar dakwaan kononnya berlaku peningkatan kes rotavirus di HSNZ seperti ditularkan di media sosial,” katanya di sini hari ini.

Kasemani berkata, rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan sistem pencernaan.

Beliau berkata, jangkitan boleh berlaku apabila termakan najis individu yang dijangkiti sama ada melalui air atau makanan tercemar, sentuhan secara langsung dengan individu dijangkiti, atau melalui alat permainan, peralatan dan permukaan tercemar.

“Gejala utama yang dialami oleh pesakit biasanya demam, cirit-birit dan muntah teruk yang boleh menyebabkan dehidrasi.

“Bagi yang bergejala teruk, rawatan segera amat diperlukan kerana dehidrasi boleh menyebabkan kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI