fbpx

Tiga tahun perkosa cucu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan semalam bagi membantu siasatan kerana memperkosa cucu tiri perempuannya yang berusia 14 tahun.

Suspek diberkas di rumahnya pada pukul 10 malam selepas laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk tersebut sudah berlarutan sejak 2021.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan. Perintah reman telah diperoleh di Mahkamah Majistret hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rozak memberitahu, ujian air kencing mendapati lelaki itu bebas daripada pengaruh dadah selain tidak mempunyai rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI