fbpx

Bahan letupan ditemui dalam kereta penembak Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan skuad bom menuju ke arah rumah Crooks semasa siasatan dijalankan di Bethel Park, Pennsylvania semalam. – AFP

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bahan letupan di dalam kereta milik suspek penembak bekas presiden, Donald Trump, lapor akhbar Express UK semalam.

Kereta dipandu oleh suspek bernama Thomas Matthew Crooks itu diparkir berhampiran lokasi perhimpunan yang dihadiri oleh Trump, lapor Wall Street Journal.

Lelaki berusia 20 tahun itu dikenal pasti sebagai penembak yang membunuh seorang pengunjung, mencederakan dua yang lain serta menembak Trump yang sedang memberi ucapan di atas pentas.

Dia dikatakan menggunakan pistol yang dibeli bapanya untuk melakukan tembakan tersebut, manakala penguatkuasa undang-undang sedang berusaha untuk mengetahui motif di sebalik serangan.

Selain itu, terdapat beberapa laporan mengenai bungkusan mencurigakan berhampiran Crooks sekali gus mendorong polis untuk menghantar pasukan juruteknik bom, demikian menurut mereka yang diberi taklimat mengenai siasatan.

Pegawai-pegawai membersihkan tempat kejadian hingga malam semalam sebelum menggeledah rumah keluarga suspek.

Pihak berkuasa persekutuan menganggap kejadian itu sebagai cubaan membunuh selepas Crooks yang ditembak mati oleh ejen Perkhidmatan Rahsia, melepaskan tembakan ke arah Trump dari bumbung berdekatan.

Sementara itu, Jawatankuasa Kebangsaan Republikan mengesahkan bahawa Trump berada dalam keadaan baik selepas insiden itu dan berterima kasih atas penguatkuasaan undang-undang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI