fbpx

Anwar rafak sembah takzim Ulang Tahun Keputeraan Sultan Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

Anwar menerusi hantaran Facebook mendoakan Kebawah Duli Tuanku, Sultan Hassanal Bolkiah kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam.

“Semoga hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh, insya-Allah,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI