fbpx

Amang seksual dalam lif: Remaja lelaki diperintah jalani khidmat masyarakat 120 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kedai makanan segera diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga jirannya di dalam lif di sebuah pangsapuri.

Hakim Mahkamah Sesyen Tasnim Abu Bakar memerintah demikian selepas remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual terhadap mangsa yang berusia 12 tahun itu bagi tujuan seksual dalam lif sebuah pangsapuri di Taman Desa, Brickfields di sini pukul 4.38 petang pada 10 Jun lalu.

Justeru pendakwaan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu Pegawai Pembangunan Masyarakat Nur Khalidah Ab Hamid dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membacakan laporan sosial remaja itu berkata hasil temu ramah bersama remaja terbabit dan ibu bapanya, terdapat beberapa faktor antaranya persekitaran tempat tinggal dan pergaulan antara rakan sebaya yang mendorongnya melakukan perkara menyalahi undang-undang tanpa memikirkan kesan dan akibat.

Beliau berkata perintah khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan wajar dikenakan ke atas remaja berkenaan, kerana ia mampu mengubah mentalitinya ke arah remaja yang lebih matang dan berfikir sebelum melakukan apa-apa tindakan yang boleh menyalahi undang-undang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa berada di dalam lif bersama adik perempuannya berusia 10 tahun, tertuduh telah melakukan perbuatan itu.

Mangsa dan adiknya kemudian telah itu keluar daripada lif dan mengadu perkara yang berlaku kepada ibu mereka. Laporan polis telah dibuat dan remaja lelaki itu akhirnya ditangkap pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI