fbpx

Akta Saraan Hakim Syarie perlu diwujudkan segera – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, meminta agar Akta Saraan Hakim Syarie segara diwujudkan bagi baikan skim kumpulan perkhidmatan itu

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada ketika ini, skim perkhidmatan kehakiman syariah berlandaskan skim biasa mengikut Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Jelasnya, kerajaan amat menyedari keperluan yang tinggi bagi mewujudkan keseimbangan antara Skim Perkhidmatan Kehakiman Syariah dan Perkhidmatan Sivil di negara ini.

“Saya dimaklumkan tentang Akta Saraan Hakim Syarie, sekarang ini ikut dalam skim PTD biasa.

“Jadi Insya-Allah kita minta Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyegerakan untuk kita kita angkat supaya ada Akta Saraan Hakim Syarie.

“Saya mudah Sahaja, runding baik-baik selesai,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Konvensyen Memartabatkan Perundangan Syariah Di Malaysia di sini hari ini.

Cadangan bagi mewujudkan Akta Saraan yang merangkumi Hakim-hakim Syarie wajar dipertimbangkan bagi memastikan tiada lagi pandangan yang merendahkan status Hakim Syarie.

Pada masa sama, ia juga akan memberi kekuatan dan keberanian kepada para Hakim Syarie untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa sekali gus memartabatkan institusi Mahkamah Syariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI