KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar daripada Dewan Rakyat dan digantung tiga hari daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor menetapkan arahan tersebut susulan dakwaan Awang terhadap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer sebagai anti-Islam.
Terdahulu, Johari meminta Awang menarik balik kenyataan tersebut sebanyak tiga kali, tetapi Ahli Parlimen Pendang berkenaan enggan berbuat demikian.
“Saya kekal dengan prinsip saya tidak akan tarik balik,” kata Awang. – KOSMO! ONLINE