fbpx

80 SMV dinaik taraf ke Kolej Vokasional – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika melawat projek KV Dato' Lela Maharaja sempena Majlis Penyerahan dan Perasmian Bangunan Projek Naik Taraf SMV Dato' Lela Maharaja kepada KV, di sini, hari ini. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

REMBAU – Sebanyak 80 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dinaik taraf kepada Kolej Vokasional (KV) dalam usaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dari jumlah tersebut, 23 projek naik taraf telah selesai, dilaksanakan, manakala, selebihnya masih lagi dalam proses kerja-kerja berkaitan.

Menurutnya, KV harus menjadi peneraju kepada kepakaran dalam negara selari dengan reformasi dan agenda pendidikan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberikan tumpuan kepada pendidikan TVET secara keseluruhannya.

“Menjadi hasrat kementerian untuk memastikan pelajar KV lebih berdaya saing serta institusi berkenaan mampu melahirkan lebih banyak kepakaran-kepakaran khususnya berkait rapat dengan program yang ditawarkan.

“Jadi saya sangat berharap sebagaimana dalam ucapan saya tadi bahawa Kolej Vokasional ini mesti terus menjadi peneraju kepada kepakaran dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan dan Perasmian Bangunan Projek Naik Taraf SMV Dato’ Lela Maharaja kepada KV, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, sebanyak RM10.4 juta peruntukan disalurkan bagi menaik taraf SMV Dato’ Lela Maharaja kepada KV yang telah siap pembinaannya pada 27 Mei 2022 membabitkan lima daripada sembilan program yang ditawarkan di institusi berkenaan.

Katanya, naik taraf bangunan dan fasiliti yang terlibat ialah bengkel kayu dan rumah orkid bagi Program Landskap; ‘Tractor Implementation Shade’ (Program Teknologi Mekanisasi Agro); Pusat Asuhan Ikan (Program Akuakultur); Kandang Lembu Tenusu (Program Agroindustri Ternakan Ruminan) dan “Mock Office” (Program Pengurusan Perniagaan).

“KV ini yang mempunyai 760 pelajar diharapkan mampu melahirkan ramai usahawan tani yang menguasai pasaran tempatan dan peringkat global serta mampu menyumbang kepada keterjaminan makanan negara,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Fadhlina ketika diminta untuk mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung guru yang melanggar disiplin harus dikecualikan naik pangkat secara ‘time based’ menegaskan semua pendidik harus melihat ia sebagai pandangan yang positif.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa terdapat sebilangan kecil sahaja yang gagal menjalankan tanggungjawab tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI