fbpx

5 maut bom kereta meletup semasa tonton final Euro 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan peta Mogadishu. – AGENSI

MOGADISHU – Lima orang terbunuh dalam letupan kuat bom kereta di sebuah kafe di ibu kota Somalia, Mogadishu yang dipenuhi peminat bola sepak menonton perlawanan akhir Euro 2024 lewat semalam, kata media tempatan memetik kenyataan polis.

Imej  di internet menunjukkan bebola api besar dan asap tebal menyelubungi langit malam selepas letupan memusnahkan restoran popular di pusat bandar itu

“Sebuah bom kereta diletupkan di luar Restoran Top Coffee. Bom ini diletakkan oleh pengganas Kharijite,” lapor Agensi Berita Nasional Somalia(SONNA), menggunakan nama rasmi untuk kumpulan Al-Shabaab.

“Laporan awal polis mengesahkan lima kematian dan 20 kecederaan,” kata SONNA memetik kenyataan jurucakap polis, Mejar Abdifitah Aden Hassan.

Saluran Televisyen Nasional Somalia melaporkan maklumat sama mengenai pengeboman itu yang berlaku ketika kumpulan belia menonton perlawanan antara Sepanyol dan England.

Al-Shabaab melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan rapuh Somalia selama lebih 17 tahun dan melancarkan berbilang serangan bom di Mogadishu dan tempat-tempat lain di negara itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI