PETALING JAYA – “Seksi sahaja tapi tak jual diri untuk cepat kaya.”
Demikian penegasan penyanyi Nonny Nadirah yang mendedahkan dipelawa ke ranjang susulan penampilan beraninya dalam laman sosial.
Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34, berkata dia hanya mempromosikan produk, bukan melakukan kerja terkutuk seperti menjual diri biarpun sudah empat tahun menjanda.
“Saya jual produk bukan jual diri. Saya tiada teman lelaki, skandal, pernah berkahwin dan berstatus janda.
“Sudah empat tahun tidak disentuh. Kalian jangan main-main ye,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
Dalam masa sama, peserta Akademi Fantasia lima itu juga memberi gambaran sudah serik berkahwin lagi atau mempunyai komitmen dalam perhubungan.
“Saya tidak mahu kahwin atau (mempunyai) teman lelaki.
“Saya bahagia begini. Permintaan yang mengarut saya maki setiap seorang.
“Ada yang ugut bunuh lagi? Saya sudah letih,” ujarnya.
Menurut Nonny, dia kini tidak mampu bertahan dengan sikap segelintir individu yang hanya mahu ‘merasa’ dan memiliki tubuhnya.
“Daripada berpurdah sehingga sekarang dengan makhluk sebegini.
“Jangan melampau. Lebih baik fokus dengan kehidupan kalian,” katanya.
Sebelum itu, Nonny pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 2019 selepas sembilan tahun berkenalan tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama setahun.
Lama menyepi, dia muncul dalam laman sosial dengan memuat naik video yang mencetuskan kontroversi termasuk menari sambil berkemban.
Selebriti kelahiran Sabah itu turut berkongsi aksinya mandi sambil mencuci rambut yang dirakamkan dan dikongsi dalam Instagram.
Sebelum itu, Nonny menunjukkan tindakan membotakkan kepala dengan mesin pencukur kepada umum. – KOSMO! ONLINE