fbpx

Seleweng dana: 20 akaun bank berjumlah RM740,000 dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.

Menurut sumber, kesemua akaun yang dibekukan itu adalah milik individu dan syarikat dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.

“Sejak siasatan dijalankan, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) menyita dan membekukan hampir 20 akaun milik individu dan syarikat bagi membantu siasatan.

“Kemungkinan akan ada beberapa lagi akaun bank yang akan disita dan dibekukan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin memberitahu, tindakan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Semalam Kosmo! melaporkan SPRM menyambung reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh berhubung kes penyelewengan dana derma awam.

Perintah sambung reman selama tiga hari sehingga esok dibenarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Permohonan itu dibuat berikutan reman pertama mereka tamat semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI