fbpx

14 laluan di KL ditutup Sabtu ini sempena Istiadat Pertabalan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 jalan di sekitar ibu negara bakal ditutup secara berperingkat sempena acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara di sini, Sabtu depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, 14 jalan ditutup sementara bermula pukul 8 pagi untuk acara Istiadat Pertabalan dan pukul 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja.

“Jalan yang terlibat adalah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail Lebuhraya Sultan lskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah Selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.

“Penutupan jalan adalah untuk memberi laluan kepada tetamu-tetamu Diraja melalui laluan tersebut dan tiba mengikut masa yang telah ditetapkan seterusnya akan dibuka semula selepas melalui laluan berkenaan

“Seramai 387 pegawai kanan serta pegawai rendah dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ditempatkan bagi melaksanakan penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas, menguatkuasakan undang-undang jalan raya agar acara yang penuh dengan Istiadat Negara dapat berlangsung dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya untuk tidak melalui laluan yang terlibat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT KUala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI