fbpx

Wimbledon: Alcaraz sedia nafi hajat Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ bakal turun menentang Djokovic pada aksi final kali ini sekali gus mengulangi pertembungan yang berlangsung pada edisi tahun lalu. - AFP

LONDON – Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz sudah bersedia untuk menghadapi tekanan tinggi yang bakal dihadapinya terutama menjelang aksi final Wimbledon dengan pemegang 24 gelaran Grand Slam, Novak Djokovic nanti.

Alcaraz yang mengatasi Djokovic dalam aksi final epik tahun lalu dengan keputusan 1-6, 7-6, 6-1, 3-6, 6-4 sedar bahawa Djokovic tidak akan membuka laluan mudah buatnya untuk mempertahankan gelaran Wimbledon.

Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu optimis bahawa pengalaman sebelumnya menghadapi Djokovic di final Grand Slam akan menjadi bekalan terbaik untuk membantunya mengatasi jaguh tenis Serbia tersebut.

“Semua orang mengenali Djokovic dan dia telah bermain beberapa kali berada di pentas final Grand Slam, malah telah memenangi banyak gelaran.

“Tahun lalu, dia meletakkan saya dalam perlawanan yang sukar dan sudah pasti dia tahu cara untuk menewaskan saya.

“Saya tahu Djokovic adalah lawan yang sangat berbahaya. Jadi, saya tahu apa yang perlu dilakukan dan bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk mencipta kemenangan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Djokovic sedar ancaman yang bakal dia tempuhi pada aksi final nanti sekali gus mengakui dia akan lebih berhati-hati kali ini terutama misinya untuk melengkapkan gelaran kelapan di Wimbledon..

“Dia (Alcaraz) sepatutnya menjadi salah seorang pemain berusia 21 tahun paling hebat dalam sukan ini. Saya yakin dia akan memenangi banyak gelaran Grand Slam selepas ini tetapi saya harap bukan aksi final esok,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI