fbpx

Polis serbu rumah, selamatkan wanita Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Polis menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan sebuah rumah di Taman Tropika Kemensah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, serbuan dijalankan kira-kira pukul 12.45 pagi hasil maklumat awam diterima.

“Operasi dijalankan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa berusia 41 tahun di rumah berkenaan.

“Susulan itu, operasi sama turut menahan seorang wanita warga tempatan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, serbuan dijalankan turut membuat rampasan berkaitan kes ini dan mangsa sudah ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.

“Suspek yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan tahanan reman dan dikenakan reman lima hari bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan orang dan Antipenyeledupan Migran 2007 (ATIPSOM).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI