fbpx

Tolak Lamborghini, Nonny Nadirah impikan lelaki kiriman Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NONNY tidak kisah sekiranya dia tidak bertemu jodoh terbaik di dunia ini.

PETALING JAYA – Terus menjadi bahan bualan ramai, pelakon Nonny Nadirah sekali lagi menyuarakan hasrat untuk dikurniakan jodoh yang mampu membimbingnya ke jalan diredai Tuhan.

Nonny, 34, berkata, dia enggan menamatkan zaman bujang dengan lelaki yang tidak tahu menghargai maruah seorang wanita.

“Aku tak mahu kawin dengan lelaki yang hanya tahu merosakkan perempuan.

“Aku nak seseorang yang dikirim Tuhan, boleh bimbing dan pimpin aku ke jalan-Nya,” katanya dalam InstaStory.

Meskipun memasang impian untuk berkahwin, bekas bintang Akademi Fantasia itu bagaimanapun berlapang ada sekiranya tidak ditakdirkan merasai perkara tersebut di dunia.

“Kalau ‘keikhlasan’ hati kau tak diterima Allah, hentikanlah. Tak dapat jodoh di dunia, aku dah reda.

“Kahwin bukan satu urusan yang boleh dipaksa. Cukup, jangan paksa aku,” ujar Nonny.

Dalam hantaran berbeza, dia menegaskan tidak dahagakan kekayaan sebaliknya mahu memiliki kehidupan yang bebas daripada unsur sihir.

“Aku tak mahu banglo atau kereta Lamborghini. Sihir setiap hari dan ruqyah diri sendiri. Aku nak sihat, gembira serta husnul khatimah.

“Matinya aku disebabkan perbuatan mereka, aku serahkan semuanya kepada Allah.

“Aku lawan seorang diri, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,” katanya lagi.

Terdahulu, Nonny pernah bercinta dengan aktor Niezam Zaidi namun hubungan mereka tidak kesampaian apabila perkahwinan yang dirancang dibatalkan.

Sebelum itu, Nonny pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 2018 tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama setahun.

Sejak beberapa hari lalu, Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin kerap mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Antara perkongsian yang mengejutkan ramai apabila dia memuat naik video membotakkan rambut dan menari dengan keadaan berkemban.

Sebelum ini, dia juga pernah mendedahkan menjadi mangsa sihir yang membawa perubahan terhadap hidupnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI