fbpx

Tak boleh harap undian mudah – Rexy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah perlu bersiap sedia untuk menentang pemain-pemain berkelas dunia selepas diundi dalam kumpulan yang dianggap paling sukar pada temasya Olimpik nanti.

LALUAN berliku menanti beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 nanti apabila diundi dalam Kumpulan A yang dianggap sebagai kumpulan maut.

Apa tidaknya, bekas juara Terbuka Perancis itu perlu berdepan beregu-beregu terbaik termasuk pasangan No. 1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara (Jepun) dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti (Indonesia).

Justeru, Pearly-Thinaah perlu mengeluarkan permainan berkelas dunia sekiranya mahu melepasi saingan peringkat kumpulan dan meneruskan pemburuan memenangi pingat emas buat kontinjen negara.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menjelaskan, anak-anak buahnya itu tidak memiliki cara lain selain mengeluarkan segala-galanya pada saingan peringkat kumpulan nanti.

“Berhubung (undian) beregu wanita, kita tengok memang sangat sangat mencabar, tetapi ini adalah Olimpik. Saya harap Pearly-Thinaah boleh bermain seperti biasa dan jangan berfikir terlalu banyak.

“Mereka juga harus sedar kalau mahu menang, tidak boleh harapkan (undian) dalam kumpulan mudah. Memang perlu bersiap sedia untuk memberikan tentangan kepada pemain lawan,” kata pengendali dari Indonesia itu.

Meskipun dianggap berada dalam kumpulan maut, namun Pearly-Thinaah tetap ada peluang untuk mara ke pusingan kalah mati apabila memiliki rekod cukup baik ke atas Matsumoto-Nagahara dan Apriyani-Siti Fadia.

Mereka pernah menewaskan Matsumoto-Nagahara sebanyak tiga kali dalam lima pertemuan selain mencatat tiga kemenangan ke atas Apriyani-Siti Fadia dalam enam perlawanan sebelum ini manakala bertemu Qing Chen-Yi Fan, mereka mengalami enam kekalahan.

“Saya percaya sekiranya Pearly-Thinaah dapat melepasi saingan peringkat kumpulan itu, ia pasti akan menjadi pembakar semangat untuk mereka,” ujar Rexy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI