fbpx

Splash Carnival ‘panaskan’ lagi aktiviti permainan pengunjung Taman Tema Air Legoland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sehingga 4 Ogos, peminat permainan air dan juga taman tema air boleh mencuba pelbagai permainan menarik di Taman Tema Air Legoland.

PETALING JAYA – Bersesuaian dengan cuaca panas yang tidak menentu di Johor, Legoland sedang menganjurkan kembali Splash Carnival yang bakal mendinginkan tubuh badan pengunjung bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak tetapi orang  dewasa malah juga mesra kepada warga emas untuk bersantai.

Bersandarkan pengalaman pada tahun lalu, Legoland Malaysia Resort terus menambah baik program Splash Carnival pada tahun ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik sehingga pengunjung tidak sedar masa berlalu begitu pantas ketika berada di dalam taman tema air tersebut sehinggalah jam terakhir operasinya pada pukul 6 petang.

Sedang berlangsung selama lima minggu sehingga 4 Ogos ini, taman air Legoland menyediakan aktiviti yang menerujakan khususnya bagi peminat air untuk terlibat dalam pelbagai permainan yang menyeronokkan dengan sokongan daripada kakitangan yang begitu mesra di situ.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, sambutan yang dierima sangat menggalakkan daripada pengunjung pada tahun lepas pihaknya kini mengembalikan Splash Carnival dengan pelbagai acara  pada tahun ini.

“Untuk tahun ini, kami menjadikan setiap aktiviti yang dijalankan lebih menarik sekali gus bakal meninggalkan kenangan dan pengalaman pengunjung bersama keluarga serta rakan.

“Daripada sukan air yang menerujakan, pengunjung dapat juga berhibur dengan persembahan daripada artis dari Korea, Han Byul yang turut menceriakan lagi suasana petang pengunjung berlibur di taman air yang telah diadakan pada 13 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Aktiviti yang dinantikan pengunjung bersempena karnival tersebut adalah strike a pose yang membolehkan pengunjung mengimbangi diri dengan menaiki banana boat, sink or swim pula memberi peluang kepada pengunjung untuk membaling objek yang diberikan kepada sasaran tepat untuk menjatuhkan kakitangan taman air itu jatuh ke dalam air.

Permainan build and race pula membolehkan pengunjung menjadi lebih kreatif untuk membina buatan sendiri dengan lego dan berlumba sesama rakan atau ahli keluarga lain.

Bagi yang mahu melakukan aktiviti lasak, turut disediakan aktiviti Beachside Battles atau sandbox fun dan juga beach ball hunt yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mencari lokasi bola pantai lego yang disorok di sekitar taman air tersebut.

Hadiah yang menarik menanti para pengunjung yang menyertai permainan berkenaan.

Taman air popular ini bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tarikan berasaskan air yang mesra keluarga bagi pelbagai peringkat umur ia juga lengkap dengan kemudahan surau, tandas dan bilik mandi yang bersih serta restoran menjual makanan dan minuman yang sedap pada harga menarik dengan jumlah hidangan yang besar untuk dikongsi bersama keluarga.

Kemudahan gazebo untuk mereka yang mahu berihat lebih selesa dan juga lebih menarik ia mudah diakses dari hotel Legoland.

Pastinya pengembaraan dan permainan yang disediakan oleh taman air Legoland ini bakal menarik minat orang ramai untuk kembali berkunjung dan lebih baik mereka menaik taraf pembelian tiket untuk kemasukan harian kepada pas tahunan yang sangat menjimatkan.

Melalui pembelian pas tahunan itu, orang ramai boleh mendapat manfaat kemasukan ke taman air popular itu tanpa had selain memperoleh pelbagai kelebihan daripada aspek diskaun, eksklusif promosi terbaharu kepada pelanggan setianya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI