fbpx

Siswazah pakai baju bercetak resume cari pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAJU-T yang dipakai Jiale memaparkan resume dirinya. - Foto QQ.com

BEIJING – Seorang siswazah baru di China bertindak memakai baju-T yang memaparkan resume untuk mencari kerja, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Song Jiale, 21, memperoleh ijazah sarjana muda dari Sekolah Geomatik, Universiti Wuhan di wilayah Hubei, tengah China.

Sebelum memulakan pengajiannya, dia memohon untuk menjadi intern tetapi tidak berjaya walaupun membuat banyak permohonan.

Mengambil inspirasi daripada warga emas tempatan di kampung halamannya di wilayah Henan yang membawa iklan ketika mencari kerja, pemuda berkenaan mendapat idea untuk mencetak resume pada baju-T.

“Dengan begitu ramai orang di jalanan, saya seperti papan iklan yang bergerak, pasti akan diperhatikan oleh majikan dan profesional sumber manusia,” tulis Jiale di platform Xiaohongshu.

Pada bahagian hadapan baju-T itu bertulis, “Kelas 2024 sedang mencari kerja, sila lihat bahagian belakang.”

Terdapat resume termasuk nama beliau, universiti, subjek ijazah utama, aktiviti pelajar dan latihan amali pada bahagian belakang bajunya.

Baju-T  itu turut mempunyai Kod Respons Pantas (QR) – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI