fbpx

Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERBABIT dalam drama mengisahkan kehidupan golongan wanita penyondol rumah tangga orang, pelakon Alya Iman mengingatkan khalayak terhadap kontroversi hitamnya bermain cinta dengan suami orang beberapa tahun tahun lalu.

BARU-BARU platform media sosial rancak dengan video sedutan drama Jangan Tinggal Abang, Dek! yang membariskan artis terkenal tanah air.

Antara pelakon yang terlibat ialah Datuk Adi Putra, Elly Mazlein, Nabila Huda, Adira Suhaimi dan Fatiya Latiff.

Anak kepada aktor Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman turut terlibat dalam naskhah tersebut.

Membawakan watak sebagai perosak rumah tangga atau kini popular dengan gelaran penyondol, peminat kembali memperkatakan kisah silam Alya yang pernah menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

Meskipun kejadian itu berlaku sekitar 2020, netizen mengungkit kembali cerita tersebut dan mengatakan Alya mempunyai ‘kelayakan’ untuk bawa watak begitu.

Amboi bukan main netizen ya! Tetapi begitulah, khalayak lebih cenderung mengingati kisah sensasi berbanding kebaikan.

Apatah lagi mutakhir ini industri hiburan rancak dengan kisah penggoda. Bukan sahaja terjadi dalam kehidupan sebenar, tetapi turut dijadikan plot penceritaan drama dan lagu.

Namun, diharapkan peminat beri peluang kedua kepada Alya untuk menunjukkan bakat lakonannya kerana setiap daripada kita pernah melakukan kesilapan.

Diva: Kalau dahulu biasa dengar lagu Madu Tiga nyanyian Allahyarham P.Ramlee tapi sekarang giliran Wany Hasrita dengan Madu Dua pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI