fbpx

Remaja dikhuatiri lemas jatuh bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT dinaiki mangsa yang dikhuatiri jatuh ke dalam sungai ditemukan di Sungai Pahang di Pekan.

PEKAN – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mengemudi bot di Sungai Pahang dekat sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, dikatakan turun ke sungai untuk menangkap ikan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi

“Bapa mangsa mengesahkan bot yang berada di tengah sungai adalah miliknya. Bot itu dinaiki anaknya dan bapa mangsa memberitahu anaknya biasa mencari ikan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Belimbing di sini,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran diaktifkan semalam melibatkan anggota bomba dan polis.

Selain itu katanya, operasi pencarian turut dibantu penduduk Kampung Belimbing dan Kampung Orang Asli Tanah Merah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI