fbpx

Peniaga bergaduh baling durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga lelaki tersebut bergaduh di hadapan gerai durian. – Stomp

SINGAPURA –  Seorang lelaki melempar durian ke arah seorang peniaga ketika mereka terlibat dalam pergaduhan di sebuah gerai buah di Jurong, Singapura, lapor laman berita Stomp semalam.

Kejadian berlaku pada Khamis lalu di Jurong West Street 91.

Berdasarkan sebuah video rakaman, insiden bermula apabila seorang lelaki tidak berbaju bertengkar dengan dua lelaki lain, masing-masing memakai baju berwarna oren dan putih.

Lelaki berbaju oren kemudian menolak individu tidak berbaju, menyebabkan dia terjatuh sebelum ketiga-tiga mereka mula bertumbuk.

Lelaki berbaju oren tiba-tiba mengambil sebiji durian dari bakul jualan lalu melempar ke arah kepala lelaki tidak berbaju.

Beberapa individu yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan mereka sebelum lelaki tidak berbaju dilihat berjalan ke arah lain dan mengambil parang.

Dia bagaimanapun dihalang oleh beberapa lelaki lain sebelum sempat menyerang sesiapa menggunakan senjata tersebut.

Sementara itu, menurut polis, dua daripada mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum ketiga-tiganya ditahan.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, pergaduhan bermula disebabkan lelaki tidak berbaju yang mempunyai gerai buah, tidak berpuas hati melihat barisan panjang gerai durian yang mengganggu laluan ke kedainya.

Siasatan berhubung kes itu masih berjalan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI