fbpx

Penduduk bantah Pattaya digelar bandar dosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH penduduk membantah gelaran bandar dosa untuk Pattaya. - Foto Pattaya News

PATTAYA – Ahli perniagaan, pemimpin masyarakat dan sejumlah penduduk berhimpun untuk membantah tuduhan bahawa Pattaya ialah sebuah bandar dosa, lapor portal berita Khaosod kelmarin.

Dakwaan itu dibuat oleh sebuah stesen televisyen kabel.

Perhimpunan penduduk itu diadakan di laluan pejalan kaki di Pattaya pada malam Khamis lalu.

Terdapat juga netizen yang mengutuk dakwaan saluran televisyen itu di media sosial.

Namun, stesen berita itu mengeluarkan permohonan maaf menyatakan hasrat mereka untuk menyuarakan isu untuk membantu membawa kepada undang-undang yang melindungi pekerja seks.

Wakil-wakil perniagaan tidak menafikan bahawa Pattaya mempunyai sejumlah besar pekerja seks tetapi mereka percaya menggunakan bahasa yang kuat dan menyampaikan imej negatif Pattaya akan menjejaskan keatangan pelancong dari seluruh dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI