fbpx

Ops Hawk: 323 ditahan, dadah bernilai RM97,147 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA dadah yang dirampas dalam Ops Hawk selama empat hari di Pahang baru-baru ini.

KUANTAN – Seramai 323 orang termasuk empat wanita ditangkap sepanjang empat hari pelaksanaan Ops Hawk dalam usaha membanteras aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam operasi bermula pada 9 Julai Julai lalu itu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM97,147.

Dadah yang dirampas ialah 1055.27 gram (g) heroin, methamphetamine (663.62g), ganja (30.94g), pil yaba (358 biji), pil eramin 5 (20 biji), pil ekstasi (4 biji), cecair MDMA (0.88 liter), ketamin (2.42g) dan air ketum (14.43 kilogram).

“Melalui operasi ini juga, JSJN menyita sebuah kereta jenis Honda Accord, Honda City dan wang tunai RM30,600,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 42 individu ditahan kerana kesalahan mengedar, 77 orang pula dicekup kerana memiliki bahan terlarang itu dan 204 lagi kerana positif dadah.

Melalui operasi tersebut, pihak JSJN Pahang berjaya mengesan dan menangkap lapan lelaki yang dikehendaki atas kesalahan dadah.

Semakan mendapati daripada jumlah itu, seramai 32 orang yang ditahan berpotensi untuk dituduh di bawah Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI