fbpx

Nabi Khadhir sudah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PETALING JAYA – Kisah Nabi Khadhir AS sehingga kini masih mendapat perhatian ramai, namun terdapat pelbagai pandangan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan umat Islam.

Menerusi perkongsian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di portal Maktabah Al-Bakri, beliau menjelaskan secara umumnya para ulama berbeza pendapat mengenai status Nabi Khadhir AS sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

“Pendapat pertama menyatakan bahawa Nabi Khadhir masih lagi hidup sehingga kini. Antara ulama dengan pendapat ini ialah Imam al-Nawawi, Ibn Solah, al-Qurtubi dalam tafsirnya dan Kamaluddin al-Damiri.

“Pendapat kedua menyatakan, Nabi Khadhir telah meninggal dunia. Antara ulama dengan pendapat ini ialah Imam al-Bukhari, al-Qadhi Abu Bakar bin al-‘Arabi, al-Hasan, Abu al-Husain bin al-Munadi dan Ibn al-Jauzi.

“Selain itu, turut berpegang dengan pendapat sama iaitu Ibn Kathir, Muhammad al-Amin al-Syanqiti dalam Adhwa’ al-Bayan, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Zulkifli berkata, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan yang dibuat, pihaknya berpendapat bahawa Nabi Khadhir sudah pun meninggal dunia.

“Sebagaimana pendapat yang dipegang oleh Imam al-Bukhari, al-Qadhi Abu Bakar bin al-‘Arabi, al-Hasan, Abu al-Husain bin al-Munadi, Ibn al-Jauzi, Ibn Kathir, Muhammad al-Amin al-Syanqiti, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi.

“Selain itu, hujah-hujah yang dikemukakan yang menunjukkan kepada kewafatan Nabi Khadhir adalah lebih kuat dan jelas. Walaupun begitu, kami amat menghormati pandangan yang mengatakan Nabi Khadhir masih hidup seperti Imam al-Nawawi, Ibn Solah, al-Qurtubi dan sebahagian besar ulama tasawuf.

“Kami berpendapat ia adalah ijtihad para ulama yang masyhur ini,” jelasnya.

Tambah beliau, tidak ada dalil sama sekali bahawa Nabi Khadhir masih lagi hidup atau masih wujud sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang mendakwanya.

“Sebaliknya terdapat dalil daripada al-Quran, al-Sunnah, akal dan ijma‘ daripada para muhaqqiq dalam kalangan ummah bahawasanya Nabi Khadhir tidak lagi hidup,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI